I made this widget at MyFlashFetish.com.

Muzik ku

Tuesday 13 December 2011

Anak 1 Malaysia ~



Pada pagi ini.... Heboh satu malaysia mengenai perlantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Ibnu Almarhum Sultan Baldishah menjadi Yang Dipertuan Agong Ke-14. Selain itu, kita juga telah menyaksikan perlantikan Timbalan Yang Dipertuan Agong iaitu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Keistimewaan Sultan Kedah ialah Baginda telah dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong sebanyak 2 kali. Pada kali yang pertama, Baginda telah dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong pada 1970 hingga 1975. Ini ialah satu keistimewaan dan menjadi kebanggaan bagi Rakyat Negeri Kedah Darul Aman.



Suara Rakyat Kedah: Ampun Tuanku... Patik berasa amat berbesar hati dan sangat gembira apabila Tuanku telah dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong bagi kali Ke-14. Patik dan seluruh warga rakyat Negeri Kedah merasa yakin bahawa Tuanku akan melahirkan negara yang berdaulat semasa pemerintahan Tuanku pada kali ini.

Ampun Tuanku....

Disamping perlantikan Yang Dipertuan Agong Ke-14, Sultan Abdul Halim juga telah melantik Ahli Jemaah Menteri di Kedah yang diketuai oleh Bendaraha Istana Kedah, Adinda Tuanku dan juga Puteri Tuanku, Dato Seri Tunku Safinaz.

Diharapkan semasa pelantikan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, rakyat akan lebih berdisiplin dan mempu berdaya saing dengan negara-negara lain.

Daulat Tuanku.....

No comments:

Post a Comment

Kesihatan